Kaedah Mendidik Anak Menghafal Al- Quran Cara Cepat & Berkesan

Bina Insan Sahabat Al Qur’an  – Sebagai seorang muslim, mempunyai anak yang boleh menghafal Al Quran adalah satu kebanggaan dan haruslah menjadi sebuah cita-cita kepada semua ibu bapa.

Bagaimana agar anak kita yang masih 6–8 tahun dapat dengan mudah menghafal Al Quran?

Disini ada beberapa cara yang berkesan yang dapat kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari.

1. Perdengarkan bacaan Al Quran seoptimum mungkin

Pernah mendengar anak kecil sudah hafal satu lirik lagu kumpulan nyanyian orang dewasa? Apa yang membuatnya begitu menghafalnya?

Ya, kerana terlalu sering mendengarnya.

Perkara yang sama juga berlaku pada bacaan Al Quran. Semakin sering kita memperdengarkan ayat Al Quran kepada anak-anak, semakin banyak kesempatannya untuk dapat menghafal Al Qur’an.

Bila lagu yang tidak disengajakan pun dapat dihafal, bagaimana jika kita memang menyusun “strategi” untuk secara sengaja memperdengarkannya secara berterusan? Insya Allah hasilnya lebih baik lagi.

2. Beri Hadiah

Anak seusia ini menyukai pujian. Jika ingin membuatnya bersemangat, puji mereka. Bentakan, ancaman, dan tekanan tidak membuat mereka termotivasi kerana mereka tidak menyukainya.

Menekan hanya akan membuat mereka trauma dan malas menghafal. Menekan juga hanya akan menjadikan proses menghafal sebagai suatu proses yang ditakuti.

Sebaliknya, berikanlah penghargaan (reward). Reward tidak harus mahal kerana tujuannya adalah untuk membuat mereka berasa dihargai setelah “bekerja keras” menghafal Al Quran.

Perkara ini juga bermaksud menjaga rasa senang si anak. Rasa senang anak perlu dijaga dalam proses menghafal kerana learning is most effective when fun.

Penghargaan atau reward dapat menjadi satu pakej rangsangan dengan sanjungan. Bila menerima ini, mereka seperti mendapat double reward: sudah diberi hadiah, disanjung pula. Insya Allah mereka akan semangat menghafal.

3. Berceritalah

Berceritalah secara ringkas mengenai ayat atau surah yang akan dihafal anak kita. Dengan mendengar cerita, anak dapat membayangkan kandungan surah.

Hal ini membuat mereka merasa bahawa ayat-ayat Al Quran itu membumi, dekat dengannya kerana mudah difahami. Bercerita juga bererti menuntut ibu bapa sendiri agar juga menghafal atau setidaknya memahami kandungan ayat atausurah dengan baik.

Maka proses menghafal bukanlah proses khusus si anak semata-mata, tetapi kerjasama yang baik antara anak dan ibu bapa.

4. Gambaran

Selain bercerita, Anda juga dapat membuat gambaran yang berkaitan dengan ayat atau surah yang dihafal. Efek visual dapat menarik perhatian anak lebih banyak.

5. Guru yang Kompeten

Pilihlah guru Al-Quran yang kompeten. Sebolehnya seorang yang menghafal 30 juz Al Quran, berpenampilan menarik, dan menyenangkan.

Untuk menghadapi anak kecil, dia jugalah harus inovatif dan kreatif. Dia tidak boleh kaku kerana yang dihadapi adalah seorang makhluk yang masih dalam tahap perkembangan dan belum banyak memahami seperti orang dewasa.

Dia juga harus bersedia duduk dan bermain bersama. Guru yang seperti ini akan membuat anak selesa bersamanya sehingga insya Allah diharapkan semangatnya untuk menghafal pun bertambah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel

Kiat Mudah Menghafal Al-Qur’an

Menghafal Al-Qur’an merupakan salah satu ibadah yang kelak akan menolong seorang muslim saat dihari akhir nanti. Selain itu, menghafal Al-Qur’an juga merupakan salah satu ciri orang yang berilmu. Dalam surat Al-Ankabut ayat 49 Allah berfirman: بَلْ هُوَ آَيَاتٌ بَيِّنَاتٌ فِي صُدُورِ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَمَا يَجْحَدُ بِآَيَاتِنَا إِلَّا الظَّالِمُونَ “Bahkan, Al Quran itu adalah ayat-ayat […]

Read More
Artikel

Syarat Diterimanya Syahadat

Syahadatain memiliki makna beritikad dan berikrar bahwasanya tidak ada yang berhak disembah kecuali Allah Subhanahu wa Ta’ala dan mengakui secara lahir batin bahwa Nabi Muhammad adalah hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada manusia sevara keseluruhan, sehingga sebagai seorang muuslim memiliki konsekuensi untk mengamalkan, mentaati perintahNya serta menjauhi laranganNya dan tidak mempersekutukan Allah. Dalam Surat […]

Read More
Artikel

Menundukan Pandangan

Mata merupakan jendela dunia. Mata sendiri merupakan anugerah yang Allah berikan kepada setiap manusia. Dengan mata kita bisa menikmati indahnya alam semesta ciptaan Allah. Selain itu ia menjadi pintu apakah untuk melihat hal positif ataupun negatif. Apabila digunakan hal baik akan mendapatkan Ridho dari Allah sedangkan bila negative maka adzab Allah sungguh pedih. Dalam Al-Quran […]

Read More